Tuesday, October 16, 2012

Motivasi Diri

"Kekadang dalam hidup kita ni, it comes to a point yg kita akan rasa perjalanan hidup kita ni tak adil kepada kita. banyak macam hal, banyak macam masalah silih berganti bertandang menjadi tetamu emosi. hakikatnya inilah kehidupan di dunia yang serba moden ni, yes.. it's normal nowadays.


Kekadang tu kita buat baik dengan orang, org tak penah pandang pun. tapi, sekali kita buat jahat, seumur hidup kejahatan tu akan dikenang. dalam kerja pun begitu. kita bekerja keras tahap maksima, membanting tulang sepenuh hati, tapi org yg duduk goyang kaki pulak yang selalu jadi perhatian. takpa teruskan hidup. kalau kita rasa dunia ini tidak adil, sabar, pengadilan tu ada dan wujud. cuma masanya sahaja yang belum tiba. selagi kita berada di jalan yang benar, jangan peduli pandangan orang lain terhadap kita, asalkan hati kita ikhlas.. bersangka baik. jom! :) "

Simbol cute facebook :p

type 

(Y)         = simbol thumbs up

(^^^)      = simbol ikan jerung
<3          = heart / love
<(")         = penguin
:|]          = robot
:putnam: = boy


more, click here

good luck!

Friday, October 12, 2012

Beberapa perkara baik yang sangat mudah untuk dilakukan (Bahagian 1)

Berbuat baik terutamanya terhadap orang lain, merupakan amalan yang sangat baik & mulia. Bukan sahaja mendapat pahala, malahan ia akan membuatkan orang berasa senang dengan kita :)

Antaranya ialah:


Mengucapkan "Terima Kasih/Thanx/Tq" setiap kali seseorang melakukan sesuatu yang baik terhadap kita/membantu kita.




Memberi salam atau ucap selamat seperti "Selamat Sejahtera/ Assalamualaikum w.b.t / Good Morning or even say Hi" apabila berjumpa orang yang dikenali.

 

Membantu orang lain seperti:
-Membantu orang yang lebih tua atau warga emas untuk melintas jalan/menaiki tangga/membawa barangan/mengambil sesuatu/membuat sesuatu
-Membantu ibu, bapa, abang, kakak, adik dan ahli keluarga yang lain
-Mengutip sampah dan membunagkannya
-Mencuci pinggan mangkuk selepas makan
-Mengemas permainan/bilik/meja/barangan yang bersepah atau berselerak
-Membantu orang yang ditimpa kemalangan

dan banyaaaak lagi


Tidak menyakiti orang lain seperti mengejek, mentertawakan, memalukan, menyindir, memarahi ataupun mengata orang lain. Sebaliknya membantu untuk menggembirakan mereka.



Banyak lagi perkara-perkara baik yang amat mudah untuk dilakukan. Apabila kita berbuat baik dengan orang lain, kita juga akan mendapat layanan yang baik dari orang lain.

~~~~ * ~~~~ ~~~~ * ~~~~ ~~~~ * ~~~~

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya". [HR Bukhari dan Muslim]

Dari Abu Ayub al-Ansari ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda,"Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling memalingkan mukanya".
[HR Bukhari dan Muslim]

Dari Hurairah ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara".
[HR Bukhari dan Muslim]

Dari Abu Darda ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Tidak seorang Muslim mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula."
[HR Muslim]

Rasulullah saw. bersabda, "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendir." [HR Bukhari dan Muslim]

Rasulullah saw. bersabda, "Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: "Ya Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?". Nabi saw. menjawab: "Cegahlah dia".
[HR Bukhari]

Allah berfirman, "Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayang". (Al Hujuraat: 10)


 ~~~~ * ~~~~ ~~~~ * ~~~~ ~~~~ * ~~~~

Takwim Persekolahan 2013


Takwim Persekolahan 2013 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, ayuh rancang percutian keluarga (maybe naik kapal terbang?) bagi meluangkan masa kualiti bersama insan2 tersayang. Utamakan keluarga, jangan terlalu sibuk bekerja kerana anak2 memerlukan kasih sayang ibu dan bapa :)

Thursday, October 11, 2012

SBA ganti PMR

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Tahap pencapaian para pelajar tingkatan tiga akan diukur melalui penilaian Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA) apabila Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan pada 2014.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, SBA itu akan dikendalikan oleh sekolah tetapi masih di bawah pengawasan dan pemantauan Lembaga Peperiksaan untuk memastikan soalan yang disediakan berkualiti, setara dan mampu mengukur prestasi para pelajar.
"Langkah dan pendekatan ini membolehkan ibu bapa mendapat maklumat terkini mengenai prestasi penguasaan pelajaran anak-anak mereka," katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan perjalanan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gombak Setia di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk melihat seramai 599 pelajar sekolah itu menduduki peperiksaan tersebut yang bermula semalam.
Pada tahun ini, seramai 480,306 pelajar menduduki peperiksaan itu di 3,720 buah sekolah di seluruh negara,.
Muhyiddin berkata, selepas tahun 2014, hanya ada dua peperiksaan utama yang dijalankan iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Murid-murid dari Tahap Satu hingga Tahap 5, prestasinya diukur melalui SBA. Begitu juga di peringkat menengah sepanjang tahun pembelajaran yang tidak ada peperiksaan utama, prestasi pelajar diukur berasaskan kepada sistem tersebut," tambah beliau.
Mengulas mengenai pengambilan pelajar asrama di tingkatan empat selepas pemansuhan PMR, Muhyiddin berkata, proses kemasukan itu tetap diteruskan seperti biasa.
Katanya, proses pengambilan kemasukan pelajar di sekolah-sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara akan dibuat berdasarkan kecemerlangan dan latar belakang pelajar.
"Pelajar yang cemerlang dan latar belakang ibu bapa yang miskin akan diberi keutamaan untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh dan amalan ini telah dimulakan sejak tahun lepas," katanya.

Wednesday, October 10, 2012

Entri pertama saya...

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera...

Saya membuat keputusan untuk melahirkan blog ini untuk berkongsi pengetahuan & pengalaman saya..

Sebenarnya saya sudah lama mempunyai blog peribadi saya namun tidak saya kongsikan sepenuhnya pada umum, namun tarikh 10.10.12 (hari ini) menjadi titik permulaan saya berkongsi serba sedikit berkenaan profesion saya sebagai guru....kerana hari ini merupakan hari saya ditemuduga (bagi mendapatkan tajaan melanjutkan pelajaran) dan salah seorang panel penemuduga telah berkata begini kpd saya "awk ada blog/website? pohon kursus pembangunan sistem maklumat tapi tiada blog?" lalu saya menjwab "saya ada blog tapi ia merupakan blog peribadi.."  

Selepas keluar dari bilik temuduga saya terus berkata dalam hati bahawa, "saya perlu melahirkan sebuah blog bagi berkongsi pengalaman & pengetahuan saya dalam bidang ini. Dan jika saya gagal temuduga ini, pada tahun depan apabila Puan penemuduga bertanyakan tentang blog saya, saya akan tunjukkan blog ini..."




:-/

Saya akan ceritakan pengalaman saya di sepanjang permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) / Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) Kementerian Pelajaran Malaysia daripada mengisi borang online hingga pembikinan kertas kerja dan temuduga pada hari ini di dalam post2 yang berikutnya... ':-/

.

.
.
.
.
.
.
.
.

Tq lah Puan/Dr/Prof~~~