Wednesday, October 10, 2012

Entri pertama saya...

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera...

Saya membuat keputusan untuk melahirkan blog ini untuk berkongsi pengetahuan & pengalaman saya..

Sebenarnya saya sudah lama mempunyai blog peribadi saya namun tidak saya kongsikan sepenuhnya pada umum, namun tarikh 10.10.12 (hari ini) menjadi titik permulaan saya berkongsi serba sedikit berkenaan profesion saya sebagai guru....kerana hari ini merupakan hari saya ditemuduga (bagi mendapatkan tajaan melanjutkan pelajaran) dan salah seorang panel penemuduga telah berkata begini kpd saya "awk ada blog/website? pohon kursus pembangunan sistem maklumat tapi tiada blog?" lalu saya menjwab "saya ada blog tapi ia merupakan blog peribadi.."  

Selepas keluar dari bilik temuduga saya terus berkata dalam hati bahawa, "saya perlu melahirkan sebuah blog bagi berkongsi pengalaman & pengetahuan saya dalam bidang ini. Dan jika saya gagal temuduga ini, pada tahun depan apabila Puan penemuduga bertanyakan tentang blog saya, saya akan tunjukkan blog ini..."




:-/

Saya akan ceritakan pengalaman saya di sepanjang permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) / Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) Kementerian Pelajaran Malaysia daripada mengisi borang online hingga pembikinan kertas kerja dan temuduga pada hari ini di dalam post2 yang berikutnya... ':-/

.

.
.
.
.
.
.
.
.

Tq lah Puan/Dr/Prof~~~

 

No comments:

Post a Comment